Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Kepong merupakan sebuah kawasan di Kuala Lumpur di bawah Zon Sentul, terletak kira-kira 6km dari KLCC, ke utara Bukit Lagong, ke barat Bukit Lanjan, Bandar Sri Damansara dan Sungai Buloh, ke timur Selayang, dan ke selatan Jalan Duta, Segambut. Selain terletak dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kepong juga dalam negeri Selangor iaitu dalam daerah Gombak. Jalan raya utama ke Kepong ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Jalan Kuching, MRR II, Jalan Kepong dan Jalan Ipoh.

Desa Satu adalah pangsapuri flat kos rendah pegangan bebas yang terletak di Desa Aman Puri, Kepong. Pangsapuri ini terletak berdekatan dengan kawasan perumahan Aman Satu, Desa Dua dan SK Desa Amanpuri.Di antara Kemudahan yang disediakan di Desa Satu adalah kemudahan tempat letak kereta dan pasar mini. Manakala kemudahan yang berhampiran adalah seperti Sentral Exhibition Mall di mana penduduk boleh menemui pelbagai jenis restoran, bank, pasaraya, kafe dan banyak lagi. Sentral Exhibition Mall terletak kira-kira 0.52km jauhnya. Sekolah terletak berdekatan adalah SMK (P) Methodist KL, SM (P) Methodist, SRJK (T) Vivekananda, SRK Brickfields 2 dan lain-lain lebih kurang 1km perjalanan dari Desa Satu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


PERTANDINGAN KHAT KUFI

Aktiviti Terkini | 25 Mac 2018

Pertandingan ini dapat memahirkan pelajar dalam kemahiran asas yang dipelajari menggunakan excel dan menguji kemahiran peserta dalam mengikuti seni khat kufi...baca selanjutnya

PERSEDIAAN KLIK DENGAN BIJAK (KDB)

Aktiviti Terkini | 17 Februari 2018

Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara staff dengan penduduk Desa Amanpuri dan mewujudkan kerjasama yang baik antara staff pi1m dan penduduk Desa Amanpuri serta dapat menyelesaikan tugasan dengan cepat, dengan kerjasama yang baik....baca selanjutnya

MESYUARAT TAHUNAN JMB BERSAMA PENDUDUK

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2018

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara staff dengan penduduk Desa Amanpuri, menyelesaikan isu-isu berbangkit, JMB mengentengahkan sistem pentadbiran baru kepada penduduk dan penduduk berpeluang memberikan pendapat untuk penambahbaikan sistem pengurusan...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti